Home » » ‘RFS perosak minda rakyat’

‘RFS perosak minda rakyat’

Written By Unknown on Sunday, 17 February 2013 | Sunday, February 17, 2013

Kebanyakan laporan dalam RFS adalah pembohongan dan fitnah yang hanya mengelirukan rakyat, kata ADUN Lambir, Ripin Lamat. 

 MIRI: Rakyat Sarawak digesa supaya tidak mendengar dan terpengaruh dengan Radio Free Sarawak (RFS) yang hanya meracuni dan memusnahkan minda masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat berkata, kebanyakan laporan dalam RFS adalah pembohongan besar dan fitnah yang hanya mengelirukan rakyat.

Katanya, RFS juga adalah sebahagian daripada taktik pembangkang untuk memenangi hati pengundi dan rakyat di negeri ini dengan mengutarakan fitnah.

“Sehubungan itu sebelum Radio Free Sarawak ini memberikan kesan yang lebih teruk dan merosakkan minda masyarakat kita terutamanya kaum Iban dan Dayak, saya menggesa kerajaan terutamanya pihak berkaitan untuk memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kerana ia boleh merosakkan mentaliti masyarakat Dayak dan rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau menegaskan, usaha untuk menyekat frenkuensi radio tersebut daripada dapat didengar oleh rakyat di negeri ini juga perlu dilakukan.

“Kalau boleh kita sekat sama sekali radio itu daripada didengar oleh rakyat kita kerana ia adalah racun yang boleh merosakkan perpaduan dan minda masyarakat,” katanya.

Difahamkan bahawa Pakatan Rakyat (PKR) di negeri ini berminat untuk menggunakan radio untuk berkempen di kawasan luar bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Stesen radio berkenaan yang membuat penyiaran secara terus dari London, sejak akhir-akhir ini sering membuat laporan yang bertindak menghasut rakyat di negeri ini agar menentang kerajaan.

Ripin juga turut mengingatkan ketua masyarakat dan pemimpin masyarakat agar menasihatkan penduduk di kawasan masing-masing agar tidak mendengar dan terpengaruh dengan RFS.

“Sebagai pemimpin masyarakat, anda mempunyai tanggungjawab untuk mengajar dan menjelaskan kepada penduduk di kawasan anda tentang RFS. Kita tidak mahu radio ini mengelirukan rakyat dengan maklumat yang salah sehingga boleh menghancurkan perpaduan kita,” katanya.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/16/rfs-perosak-minda-rakyat/
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Join 10986+ People Following Us


Note: *Your email address will not be shared with anyone*.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. The Malaysia News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger